Webinar Nadi X Wellbeing – Darah Tinggi Meletup Dalam Otak! Kenali Tanda & Tindakan Pantas Selamatkan Nyawa | W086
4 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 3 Oktober 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing – Darah Tinggi Meletup Dalam Otak! Kenali Tanda & Tindakan Pantas Selamatkan Nyawa secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini disampaikan oleh Dr. Hatif, Pakar Perubatan Hospital Umum Sarawak.
Tujuan penganjuran Webinar Darah Tinggi Meletup Dalam Otak! Kenali Tanda & Tindakan Pantas Selamatkan Nyawa secara atas talian ini adalah bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya tekanan darah tinggi (hipertensi) yang boleh menyebabkan strok atau pendarahan dalam otak jika tidak dikawal dengan baik. Melalui sesi perkongsian bersama pakar kesihatan, peserta akan didedahkan kepada tanda-tanda awal, faktor risiko, serta langkah pencegahan dan rawatan awal bagi mengelakkan komplikasi serius. Selain itu, program ini memberi pengetahuan tentang punca dan kesantekanan darah tinggi terhadap otak, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala, membantu peserta mengenali tanda-tanda awal strok dan tindakan segera yang perlu diambil, menggalakkan gaya hidup sihat bagi mencegah hipertensi dan komplikasinya dan memupuk keprihatinan masyarakat terhadap penjagaan kesihatan diri dan keluarga.
Webinar ini diharap dapat menggalakkan masyarakat mengambil tindakan pantas dan tepat apabila berhadapan dengan situasi kecemasan berkaitan strok, bagi menyelamatkan nyawa dan mengurangkan risiko kecacatan kekal. Selain itu, membantu mencegah penyakit konik dengan pendekatan pencegahan dari akar umbi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: